Setiap orang mahu sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas. Namun begitu, sebagai manusia yang normal sudah pasti pernah jatuh sakit dan antara virus yang sering menyerang manusia adalah demam. Jika terkena virus ini, sudah pasti anda akan juga alami selesema dan batuk. Bagaimana cara untuk menghilangkan batuk dengan cepat dan berkesan? Batuk dan selesema adalah dua serangkai yang tidak dapat dielakkan. Dalam masa setahun, mesti beberapa kali kita dijangkiti batuk dan selsema. Ubat dari klinik atau farmasi biasanya sudah siap tersimpan di rumah.
Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk ialah:
- Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
- Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
- Alahan
- Asma
- Merokok
- Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
- Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
- Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
- Tekanan
- Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Sememangnya batuk merupakan sakit yang tidak akan berhenti selagi puncanya tidak dirawati. Namun, dengan sepuluh cara berikut, anda boleh hilangkan batuk anda. Ikuti petua hilangkan batuk di bawah ini.
1. Mandi dengan air panas
Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang.
2. Pergi spa urut
Bukan hanya bertujuan untuk cantik bila pergi ke spa, jika anda mengalami demam yang teruk, ianya bermakna perjalanan darah dalam badan anda tidak lancar.
Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan anda. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik.3. Teh dan madu
Meminum teh sangat baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.
4. Menthol
Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai methol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.
5. Sup ayam
Sup ayam adalah salah satu menu pilihan ketika sakit, mungkin kerana sup ayam lebih senang dinikmati dan nyaman ditelah. Ketika demam selalunya akan mengalami batuk-batuk, hanya sup mampu memberi keselesaan apabila anda menelannya.
Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.
No comments