Home Top Ad

Responsive Ads Here

Timun Mampu Mengatasi Masalah Bau Mulut Anda

Share:

Mempunyai masalah bau mulut sememangnya sangat menghantui diri anda, ianya akan membuatkan anda merasa malu untuk bercakap dan berhadapan dengan orang ramai.

Pernah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah itu, namun masih buntu? Sebenarnya ada cara paling mudah dan selamat untuk anda amalkan dengan menggunakan bahan ini.

Timun merupakan sayuran yang sangat terkenal bagi mengatasi masalah kencing manis dan darah tinggi.

Timun amat bagus untuk tubuh badan kita kerana timun dapat membantu penghidratan, melawan kencing manis, meningkatkan kesihatan buah pinggang dan melegakan sakit otot.


Bukan itu sahaja, paling menarik adalah ianya juga dapat melembutkan rambut serta kuku anda dan mampu untuk memperbaiki penghadaman dan tekanan darah.

Apa yang menarik, ramai yang mungkin belum tahu bahawa kebaikan timun juga adalah untuk membantu anda bagi menghilangkan nafas berbau.

Cara-caranya :

Gunakan timun yang sudah dihiris dan letakkan di antara mulut dan lidah selama 90 saat.

Dengan cara ini, fotokimia akan membunuh bakteria yang menyebabkan nafas anda berbau.

Amalkan dengan kerap, kerana ianya tidak mendatangkan masalah pada tubuh anda, malah sangat baik untuk tubuh.

No comments